MP Sandakan dakwa PN 'batalkan' peruntukan RM4.2j untuk Kg Sim-Sim

4 Просмотры
Издатель
Anggota Parlimen Sandakan, Vivian Wong mendakwa peruntukan kira-kira juta yang diluluskan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng untuk kerja-kerja pembaikan di Kampung Sim-Sim - salah satu daripada sembilan daerah mengundi di N56 Tanjong Papat - telah dibatalkan apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan pada Mac lalu.

Berucap di hadapan kira-kira 100 pengundi di Kampung Bumiputera Melayu malam tadi, Wong berkata permintaan kepada Lim dibuat berdasarkan janjinya ketika mengunjungi kampung terapung itu semasa berkempen untuknya tahun lalu.

Wong berkata, beliau dan Adun Tanjong Papat dari DAP, Frankie Poon telah menulis surat bagi memohon peruntukan membaiki kesemua 24 jambatan tersebut.

Namun katanya, penantian mereka terhenti apabila pertukaran kerajaan persekutuan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Mac lalu.

Laporan lanjut:
Категория
фантастика онлайн
Комментариев нет.
Яндекс.Метрика